Welcome to Official ITMA Website

Berita @ ITMA

LAWATAN DELEGASI UNIVERSITI KHARTOUM KE INSTITUT TEKNOLOGI MAJU new infomations

Colloqium anjuran Laboratori Permodelan Spatial dan Berangka pada 6hb-7hb Mei 2008

Institut Teknologi Maju telah mengadakan PRA audit untuk pensijilan ISO 9001:2000 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di ITMA yang diadakan pada 6hb - 7hb Mei 2008

Majllis Perjumpaan Pelajar Siswazah Bersama Pengurusan ITMA pada 30April 2008

Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah mengadakan satu Latihan Perisian Carmel pada 18hb April 2008

Pada 15 April 2008 pihak ITMA telah menerima kunjungan Professor Keith Burnett, Naib Canselor University of Sheffield.

Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah mengadakan satu Latihan Perisian Fluent pada 15hb April 2008.

JEMPUTAN PROGRAM SPECIAL TALK CNGDI VEHICLE DEVELOPMENT-A COLLABORATIVE R&D IN CONJUNCTION WITH KHAZANAH GLOBAL LECTURE SERIES 2008

Malaysia Technology Expo (MTE 2008) pada 21 – 23 Februari 2008 di PWTC.

Lawatan Prof. Dutta Roy Ke ITMA


Penyelidik ITMA, UPM Menang Pingat di IENA 2007 dan (PRPI'07) UPM
Aktiviti Laboratori

__________________________________________________________________________________

LAWATAN DELEGASI UNIVERSITI KHARTOUM KE INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

Pada 23 Jun 2008, ITMA telah menerima delegasi dari Fakulti Sains Matematik, Universiti Khartoum, Sudan selama 5 hari dan berakhir pada 27 Jun 2008. Delegasi tersebut seramai 50 orang pelajar dan 6 orang pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kelas pengaturacaraan Ms Visual Studio.net dan sesi lawatan ke setiap laboratori-laboratori di ITMA.

Kembali

__________________________________________________________________________________

Colloqium anjuran Laboratori Permodelan Spatial dan Berangka pada 6hb-7hb Mei 2008

Tarikh : 6hb - 7hb Mei April 2008
Tempat : Bililk Seminar, ITMA

Colloqium SNML

Kembali

___________________________________________________________________________________

Institut Teknologi Maju telah mengadakan PRA audit untuk pensijilan ISO 9001:2000 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di ITMA yang diadakan pada 6hb - 7hb Mei 2008

Tarikh : 6hb - 7hb Mei April 2008
Tempat : Bililk Mesyuarat, ITMA

Pra Audit ISO

Kembali

 

___________________________________________________________________________________

Majllis Perjumpaan Pelajar Siswazah Bersama Pengurusan ITMA pada 30hb April 2008

Pada 30hb April 2008 satu sesi perjumpaan dengan Pengurusan ITMA akan diadakan. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat terkini tentang pengajian siswazah terutama untuk pelajar baru dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan sebarang masalah yang dihadapi.

Tarikh : 30 April 2008 (Rabu)
Tempat : Bililk Seminar, ITMA

Kembali

 

___________________________________________________________________________________

Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah mengadakan satu Latihan Perisian Carmel pada 18hb April 2008.

Pada 18hb April 2008 Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah menganjurkan satu Latihan Perisian Carmel di Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui Blok D ITMA. yang telah dihadiri seramai 17 orang peserta.

Kembali

 

______________________________________________________________________________

Pada 15 April 2008 pihak ITMA telah menerima kunjungan Professor Keith Burnett, Naib Canselor University of Sheffield.

Pada 15hb April 2008 ITMA telah menerima kunjungan Prof Keith Burnett, Naib Canselor University of Sheffield dan ditemani TNC (P&I) Prof Dr Abu Bakar Salleh. Beliau menghabiskan hampir 2 jam untuk melawat kesemua Laboratori di ITMA .

Perjumapaan Bersama Pengarah ITMA

Kembali

 

___________________________________________________________________________________

Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah mengadakan satu Latihan Perisian Fluent pada 15hb April 2008.

Pada 15hb April 2008 Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui telah menganjurkan satu Latihan Perisian Fluent di Laboratori Tenaga Alternatif dan Boleh Diperbaharui Blok D ITMA. yang telah dihadiri seramai 20 orang peserta.

Kembali

___________________________________________________________________________________

 

PROGRAM SPECIAL TALK CNGDI VEHICLE DEVELOPMENT-A COLLABORATIVE R&D IN CONJUNCTION WITH KHAZANAH GLOBAL LECTURE SERIES 2008 new infomations

Pada 21 Mac 2008, Khazanah Global Lectures anjuran Khazanah Nasional yang bertajuk 'Building Tomorrow's Minds Today' akan diadakan di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan program tersebut, satu program Special Talk akan diadakan di Bilik Seminar ITMA, Blok D, ITMA, UPM pada jam 9.30 pagi pada 12 Mac 2008 (Rabu) yang telah disampaikan oleh Pengarah ITMA, Prof. Ir. Dr. Barkawi Sahari.

prof barkawiprof barkawi

Kembali

 

___________________________________________________________________________________

 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penyelidik yang berjaya di dalam Malaysia Technology Expo (MTE 2008) pada 21 – 23 Februari 2008 di PWTC. new infomations

Prof. Ir. Dr. Mohd. Amin Mohd. Soom mempertandingkan projek yang bertajuk "RETEC-MAPS : Real Time Electrical Conductivity Mapping System" dan telah memenangi pingat emas.

Prof. Madya Dr. Ishak Aris pula mempertandingkan projek yang bertajuk "Electronic Control Unit (ECU) for Compressed Natural Gas Direct Injection (CNGDI) Vehicle" dan beliau juga telah berjaya memenangi pingat emas.

Manakala, Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein yang mempertandingkan projek yang bertajuk "Esclorel : Nanocomposite-based Slow Release Formulation of Chlorophenoxyherbicide" telah berjaya memenangi pingat perak.

Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ramli pula telah berjaya memenangi pingat gangsa yang mempertandingkan projek bertajuk "Distributed Network Based Matrix System for Public Addressing".

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada para penyelidik ITMA pada masa akan datang.

Kembali

___________________________________________________________________________________

Lawatan Prof. Dutta Roy Ke Institut Teknologi Maju

Pejabat TNC (P&I) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)  telah menganjurkan Bengkel Antarabangsa Penerbitan Penyelidikan Secara Bersiri Tahun 2007 pada akhir bulan Oktober 2007 hingga Januari 2008. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan profil penerbitan ilmiah UPM dan menjana jurnal berimpak tinggi juga mewujudkan perhubungan strategic dan jaringan antarabangsa.  Pihak penganjur telah menjemput pakar-pakar dari luar negara yang berkaliber untuk menyampaikan taklimat kepakaran mereka.

Institut Teknologi Maju (ITMA) telah dikenalpasti oleh pihak penganjur sebagai salah sebuah pusat tanggungjawab yang akan menerima kunjungan lawatan dari Prof. Dutta Roy dari Indian Institute of Technology, Delhi. Beliau adalah editor bagi beberapa jurnal antarabangsa.

Sehubungan itu ITMA telah menerima kunjungan lawatan dari Prof. Dutta Roy pada 9 Januari 2008. Acara telah diadakan di Bilik Seminar ITMA dan dihadiri oleh Ahli Pengurusan,  Ketua-ketua Laboratori, Pasca Doktoral, Pegawai Sains dan staf ITMA yang lain.

Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah ITMA diikuti dengan penerangan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di IIT.  Seterusnya sesi perbincangan dan soal jawab telah diadakan antara peserta dengan Prof. Dutta Roy.  Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan ringan.

Prof.Ir.Dr. Barkawi Ishak dan Prof. Dutta Roy Prof. Dutta Roy Prof. Dutta Roy

Disediakan oleh;

Rosiah Osman

Pegawai Sains ISRL
Institut Teknologi Maju
UPM

Kembali

__________________________________________________________________________________

Penyelidik ITMA, UPM Menang Pingat di IENA 2007 dan (PRPI'07) UPM

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Ishak Aris dan Prof. Ir. Dr. Mohd. Amin Mohd. Soom kerana telah dianugerahkan pingat di International Exhibition of Ideas-Inventions-New Products (IENA 2007), Nuremberg, Germany.

PM Dr  Ishak Aris

Prof. Madya Dr. Ishak Aris mempertandingkan projek yang bertajuk “Software System for Detecting Defective Symbols on Micro Chip with Adjustable Readability Level dan beliau telah berjaya memenangi pingat emas.

Prof Ir Dr Mohd Amin Mohd Soom

Manakala, Prof. Ir. Dr. Mohd. Amin Mohd. Soom yang mempertandingkan projek yang bertajuk “Paddy-MAZDEC: Paddy Field Management Zone Delineation Using Electrical Conductivity for Precision Farming of Rice” dan telah memenangi pingat perak.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penyelidik yang berjaya di dalam Pertandingan Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI'07) UPM yang telah berlangsung pada 27-29 November 2007 bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS, UPM. Senarai penuh keputusan ITMA dan statistik keputusan seperti dilampiran.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong kepada para penyelidik ITMA pada masa akan datang.

SYABAS!!!

Kembali

________________________________________________________________________

Peristiwa dan aktiviti-aktiviti setiap Laboratori :

Kembali

   

PENAFIAN:Universiti Putra Malaysia dan Institut Teknologi Maju tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan 1024 X 768 piksel | Hubungiwebmaster