SERDANG – Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan (MSCL), ITMA telah mengadakan Bengkel Penulisan Jurnal 2018 pada 25 hingga 26 Julai 2018 bertempat di Kompleks Akademik A, Universiti Putra Malaysia.
Seramai 48 orang peserta terlibat dalam bengkel ini yang terdiri daripada kalangan staf dan pelajar Universiti Putra Malaysia. Para penceramah jemputan yang terdiri daripada pensyarah dan pasca doktoral telah berkongsi pelbagai tips dan teknik penulisan berkesan dengan para peserta. Bengkel ini merupakan wadah bagi penyelidik berpengalaman membantu dan membimbing penyelidik muda dalam bidang penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi.
Bengkel dua hari ini telah dijayakan oleh penceramah-penceramah berpengalaman dengan pelbagai tajuk seperti Prof. Dr. Nor Azah Yusof (How to Publish a Review Manuscript), Dr. Syed Muhammad Hafiz Syed Mohd Jaafar (How to Publish in a High Impact Journal), Assoc. Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid (How to Respond to Reviewers’ Comments) dan Dr. Ismayadi Ismail (Choosing the Right Journal for Early-career Researchers).
Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan Malaysia