International Symposium On Advanced Materials And Nanotechnology (i-SAMN2018) | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (i-SAMN2018)

International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (i-SAMN2018)

PUTRAJAYA, Ogos 15 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah berjaya menganjurkan Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (i-SAMN 2018);sebagai wadah untuk para penyelidik untuk bertukar pandangan, hasil dapatan dan pengalaman mengenai isu semasa dalam bidang Bahan Termaju dan Teknologi Nano. Simposium yang diadakan selama dua hari ini merupakan anjuran bersama dengan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, UPM serta Persatuan Nanoteknologi Malaysia (MNA).

Simposium ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) bertempat di The Everly Putrajaya. Dengan tema Gearing towards Renewable Energy and Environmental protection by Emerging Nanotechnologies, i-SAMN2018 berjaya mengumpulkan lebih 60 peserta dan pakar-pakar tempatan serta antarabangsa untuk berkongsi pengetahuan dan hasil penyelidikan terkini mereka. Kertas-kertas pembentangan akan melalui proses peer-reviewed untuk penerbitan “SAMN2018 Special Issue” dalam International Journal of Nanotechnology Inderscience Publishers.

Ucaptama bagi simposium ini disampaikan oleh Prof. Endo Morinobu (Shinshu University, Japan) dan Prof. Dr. Noorhana Yahya (Universiti Teknologi Petronas). Sementara sesi pleno pula terdiri daripada Prof. Shaobin Wang (Curtin University, Australia), Prof. Yousheng Tao (Haixi Institutes, Chinese Academy of Sciences (CAS), China), Prof. Abdul Rahman Mohamed (USM) dan Prof. Ishak Ahmad (UKM).

Pengerusi i-SAMN2018, Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid berharap agar para peserta mendapat manfaat dan membina jaringan kerjasama ke arah mencari penyelesaian serta merangka strategi berkesan untuk pembangunan penyelidikan dalam bidang Bahan Termaju dan Teknologi Nano pada masa hadapan. Beliau turut berharap kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak akan berterusan bagi program-program yang akan datang.

Tarikh Input: 19/10/2018 | Kemaskini: 19/10/2018 | zuhairi_zainal

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEYSAE~