| INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

Lawatan Deligasi Universiti Shinshu Jepun

7 Disember, 2017 – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menerima kunjungan delegasi dari Universiti Shinshu, Jepun. Tujuan lawatan ini diadakan sebagai lawatan rangka kerja sempena kolaborasi penyelidikan yang telah lama dimeterai antara Universiti Putra Malaysia dan Universiti Shinshu dan juga “ Seminar on Engineering and Agriculture” yang telah dianjurkan oleh pihak ITMA.

 

Lawatan telah diadakan bermula 7 Disember 2017 dan telah dihadiri oleh 7 orang profesor dari Shinshu Universiti dan diketuai oleh Dr. Kiyoshi Tanaka Timbalan Presiden Universiti Shinshu (Pengantarabangsaan). Hari pertama mereka telah dibawa melawat  Fakulti Kejuruteraan UPM dan juga Fakulti Pertanian UPM bagi membincangkan kerjasama akan datang dilaksanakan dalam bidang kejuruteraan Pertanian.

Pada hari berikutnya pada 8 Disember 2017 deligasi telah dibawa ke tempat-tempat menarik yang terdapat di UPM antaranya adalah Muzium Warisan Melayu UPM, Pilot Plant Biorefinery @ UPM milik UPM-Kyutech dan Ladang Ternakan Rusa di Taman Pertanian UPM. Diharapkan dengan kunjungan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara UPM dan universiti luar negara seumpama Universiti Shinshu ini.

Diharapkan juga dengan adanya Pejabat Satelit milik Universiti Shinshu yang telah secara rasmi ditempatkan di ITMA pada 24 Julai 2017 lalu akan menambahkan lagi peluang bagi staf dan pelajar dari ITMA mencari peluang-peluang penyelidikan lain di Universiti Shinshu.

Berita Lain...

SXDdGAG~