| INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

Majlis Sambutan Hari Raya ITMA 2016


14 Julai 2016 (Khamis) – Institut Teknologi Maju (ITMA) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bertemakan Jalinan Mesra Aidilfitri. Majlis diadakan di sekitar perkarangan ITMA.

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan sendiri oleh staf ITMA di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Pengarah ITMA, YBhg. Prof. Dr. Nor azah Yusof. Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh staf ITMA malah turut disertai oleh para penyelidik bersekutu ITMA.


Berita Lain...

SXETWAM~