Materials Characterization Seminar: RAMAN Spectroscopy & FTIR (MaChaS 1.0) | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Materials Characterization Seminar: RAMAN Spectroscopy & FTIR (MaChaS 1.0)

Materials Characterization Seminar: RAMAN Spectroscopy & FTIR (MaChaS 1.0)

Serdang - Institut Teknologi Maju (ITMA), UPM telah berjaya menganjurkan “Materials Characterization Seminar: Raman Spectroscopy & FTIR” pada 24 hingga 25 Oktober 2018. Seminar siri pertama ini telah diadakan di Dewan Seminar ITMA dan disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan penyelidik UPM, universiti awam yang lain dan pihak industri.

Penceramah pada hari pertama terdiri daripada Dr. Rozan Mohamad Yunus (Universiti Kebangsaaan Malaysia), Dr. Syed Muhammad Hafiz Syed Mohd Jaafar (ITMA) dan Dr. Nizam Tamchek (Fakulti Sains, UPM). Topik ceramah adalah berkenaan pencirian bahan logam oksida serta bahan berasaskan karbon dan amorfus/silikon berkristal menggunakan Raman Spectroscopy. Selain itu, turut terdapat sesi analisis data Raman Spectroscopy menggunakan perisian Origin Pro.

Topik pada hari kedua pula menjurus kepada pengenalan dan teori  bagi pencirian bahan menggunakan Fourier Transform Infrared (FTIR). Ceramah hari kedua dikendalikan oleh Dr. Amir Reza Sadrolhosseini yang merupakan felo penyelidik ITMA. Beliau turut mengadakan sesi menganalisis data menggunakan perisian  IRPal 2.0 serta demonstrasi FTIR di Laboratori Analisis ITMA.

MaChaS 1.0 merupakan salah satu program bagi para penyelidik muda dan pelajar untuk lebih mendalami teknik pencirian bahan melalui penceramah yang berpengalaman yang telah dijemput. ITMA berharap program ini dapat membantu peserta dalam menjalankan aktiviti penyelidikan mereka khususnya yang melibatkan penggunaan Raman Spectroscopy dan FTIR pada masa akan datang.

Tarikh Input: 18/01/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | nursyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEZDAW~