| INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

Mesyuarat ke 4 di antara ITMA dan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd

Pada 10 Oktober 2017, mesyuarat ke empat di antara Laboratori Pemprosesan dan Teknologi Bahan, ITMA dan Continental Tyre (M) Sdn. Bhd (Conti) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, ITMA. Mesyuarat ini adalah rentetan daripada beberapa perbincangan untuk mengadakan kolaborasi penyelidikan seperti yang telah di usulkan sebelum ini.  Pada hari tersebut, Conti diwakili oleh Chai Fei Chin, Tang Hon Peng, Jannah Jaafar Sidek,  Choong Lap Kit and Addy Chee Wei Kit. Manakala ITMA telah diketuai oleh  Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid dan disertai oleh Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, Prof.  Dr. Abdul Halim Shaari, Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah, Dr. Norkhairunnisa Mazlan, Juraina Md Yusof, Roslina Abdul Rashid and Mohd Ali Mat Nong.

Semasa mesyuarat tersebut, Conti menyatakan bahawa fokus penyelidikan mereka pada masa ini adalah dalam penyelidikan quantification of non-rubber components in natural rubber dan characterization of components in natural rubber (NR) using GCMS/LCMS to detect such as lipid or fatty acid. Oleh yang demikian, kedua pihak bersetuju untuk membahagikan kerja penyelidikan yang perlu dijalankan untuk mengenalpasti komponen bukan getah yang terdapat di didalam getah asli (NR) seperti protein, lipid, ion besi dan karbohidrat yang menyumbang kepada 5-4% komposisi bahan dalam NR. Penyelidikan ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pembahagian kumpulan telah dibuat seperti berikut cryogenic/HPLC/GCMS oleh Prof. Dr. Halim/Prof. Dr.  Zobir/ Dr. Norkhairunnisa /Dr. Suraya/Choong, proses titrasi oleh Jannah, analisa Raman Spectroscopy oleh Addy, FTIR oleh Choong. Dr. Suraya akan menyediakan enumerator bagi membantu kerja di laboratori.

Conti dan ITMA juga bersetuju untuk memohon geran jangka panjang dan jangka pendek daripada MOSTI, MTDC dan Cradle dan kertas cadangan akan disediakan nanti. Sementara itu, untuk projek jangka pendek, kolaborasi ini akan menggunakan geran penyelidikan sedia ada. Sebagai balasan, Conti akan membekalkan bahan penyelidikan, bahan kimia dan bahan pakai buang di samping membayar semua yuran pencirian bahan yang diperlukan. Kumpulan dan sumbangan daripada kedua pihak disenaraikan didalam Table 1.

Berita Lain...

SXDdBA1~