| INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

Mustafa Prize: The Science and Technology Exchange Program (STEP) in Islamic Cou

Mustafa Prize: The Science and Technology Exchange Program (STEP) in Islamic Countries

SERDANG, 19 Disember 2016 – Universiti Putra Malaysia telah berkolaborasi bersama Mustafa Prize Secretariat dalam penganjuran The Science and Technology Exchange Program (STEP) in Islamic Countries yang bertemakan Nanosains dan Naoteknologi.

Institut Teknologi Maju (ITMA) telah turut serta dalam program tersebut disamping menjadi peserta dan juga pempamer di acara STEP 2016 yang telah dijalankan di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia. Program ini adalah bertujuan mempromosikan sains dan teknologi dan memupuk kerjasama erat di antara saintis-saintis hebat dari Negara Islam yang telah turut serta sebagai deligasi asing yang menyertai STEP 2016.

Program ini telah berjalan selama dua hari bermula 19 Disember 2016 dan berakhir pada 20 Disember 2016. STEP 2016 telah dirasmikan sendiri oleh Professor Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Antara topik perbincangan pada forum yang diadakan pada hari berikutnya adalah ‘Bagaimana untuk Menghasilkan Persekitaran Penemuan Baru dan Kreativiti di Universiti dan Institut Penyelidikan’.

“Setiap hasil penyelidikan yang walaupun telah dipaten tetapi tidak mempunyai nilai komersial adalah tiada nilai,” kata Prof. Dato' Dr. Mohd Azmi Mohd Lila (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Pada sesi forum yang telah dijalankan ini juga ada membincangkan tentang bagaimana untuk menggalakkan para penyelidik tidak hanya fokus kepada mempatenkan hasil penyelidikan mereka serta hanya menghasilkan penerbitan berimpak tinggi tetapi perlu lebih fokus kepada penghasilan produk atau mesin-mesin yang boleh digunapakai oleh industri.

“Di Mesir, kurang dari 1% industri yang ingin berkolaborasi bersama universiti kerana mereka lebih fokus kepada penjanaan pendapatan. Oleh itu para penyelidik serta pelajar perlu tahu bagaimana untuk kekal komited dalam merubah hasil penyelidikan kepada prototaip yang akan lebih menarik minat pihak industri,” ujar Prof. Wael Mamdouh from American University in Cairo.

Semoga melalui program ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penyelidik dari bidang nanosains dan nanoteknologi tetapi juga akan meningkatkan sinergi saintifik di negara-negara Islam.

 

 

Forum STEP-Mustafa Prize

 

 

Ruang Pameran ITMA

 

 

Berita Lain...

SXDdTAk~