Program Penyelidikan


Program Penyelidikan IRPA PR Enjin CNG/DI dan Transmisi (CNG/DI Engine and Transmission) telah diluluskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada 25 Julai 2002 dimana Universiti Putra Malaysia merupakan Institusi Peneraju. Program ini merangkumi tujuh projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM28, 836, 318.00.

Institusi-institusi lain yang telibat di dalam projek ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Petronas Research and Scentific Services Sdn. Bhd. (PRSS), PROTON, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program ini akan berakhir pada 31 Disember 2004. Ia melibatkan proses merekabentuk, fabrikasi dan menguji "Penyuntik dan Unit Pengawalan Elektonik" (Injector and Electronic Control Unit). Pembahagian tujuh projek tersebut adalah seperti berikut:

a) Penyimpanan Bahan Bakar (Fuel Storage) – UPM

b) Sistem Bahan Bakar dan Penyuntikan (Fuel System and Injection) – UKM

c) Pembakaran dan Penyalaan (Combustion and Ignition) – UM

d) Unit Pengawalan Elektonik (Electronic Control Unit) – UPM

e) Prestasi dan Pemancaran (Performance and Emission) – UM

f) Rekabentuk Kenderaan dan Integrasi (Vehicle Architecture and Integration) – UPM

g) Teknologi Pengisian-Semula (Refuelling Technology) – PRSS

Tajuk

Skop

Output

Penyimpanan Bahan Bakar

Merekabentuk dan fabrikasi penyimpananvehicle on-board untuk CNG

Tangki Penyimpanan

Sistem Bahan Bakar dan Penyuntikan

Merekabentuk dan fabrikasi sistem bahan bakar dan penyuntikan yang merangkumi on-board relay, pengatur dan sistem pengawalan komponen

Sistem Bahan bakar dan Penyuntikan

Kajian Pembakaran dan Penyalaan

Merekabentuk ruang pembakaran dan parameter pengawalan

Spesikasi Cylinder heads

Unit Pengawalan Elektonik

Pembangunan algoritma pengawalan. Merekabentuk litar dan fabrikasi unit pengawalan enjin

Unit Pengawalan Elektonik

Prestasi Enjin dan Kajian Pemancaran

Produk pembakaran, punca dan pengawalannya. Rekabentuk sistem ekzos, komponen pengawalan pemancaran dan prestasi sifat parameter enjin

Sifat Prestasi dan Parameter Pengawalan

Rekabentuk Kenderaan dan Integrasi

Pelantar dan rekabentuk bahagian badan untuk penyesuaian enjin, penyimpanan bahan bakar dan konfigurasi sistem bahan bakar. Faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah kekuatan, berat, crashworthiness dan ergonomik

Bahagian badan kenderaan untuk enjin CNG

Teknologi Pengisian-Semula

Merekabentuk dan membangun komponen-komponen untuk sistem pengisian-semula yang merangkumi kompressor, dispenser dan sistem penyimpanan

Prototaip stesen pengisian-semula NGV, kompressor dan dispenser