Welcome to Official ITMA Website

SKIM PERKHIDMATAN

TENAGA PELAWAT
SARJANA TAMU
FELO PENYELIDIK
FELO PERUNDING
KURSI

PASCA DOKTORAL

PERMOHONAN

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
TENAGA PELAWAT

1. Pelantikan
Skim ini diwujudkan untuk melantik pegawai yang mempunyai kepakaran untuk menjawat tugas sebagai penjawat yang akan terlibat dalam pengajaran, pembelajaran, perundingan dan penyelidikan.

Skim ini juga digunakan untuk melantik bukan warganegara sebelum pihak UPM mendapat kelulusan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atau Kementerian Pengajian Tinggi untuk melantik mereka sebagai pegawai akademik (kontrak).

2. Syarat Pelantikan
i) Diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi.
ii) Diperakukan oteh Jawatankuasa Pemilih (Guru)
iii) Diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti

3. Kriteria
Tenaga pakar yang mempunyai kepakaran yang sesuai untuk tugas pengajaran, pembelajaran, perundingan dan penyelidikan.

4. Bidang Tugas
i) Memberi kuliah atas tajuk tertentu kepada pelajar dan staf.
ii) Memberi seminar kepada pelajar dan staf.
iii) Mengendali atau membantu mengendalikan tugas pengajaran kursus dan membantu dalam penyeliaan pelajar.
iv) Memberi pandangan dan nasihat sebagai pakar/perunding.
v) Membantu dalam kerja penyelidikan dan perundingan
vi) Membantu staf mendapatkan pengiktirafan profesional.

5. Syarat perkhidmatan

i) Terma lantikan sepenuh masa

ii) Tempoh sebulan hingga setahun dan boleh dilantik semula.

iii) Imbuhan Profesor Pelawat - RM11,372.00
Bulanan Profesor Madya Pelawat - RM5,850.00
Pensyarah Pelawat RM5,450.00

v) Kemudahan untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel atau Hospital
Kerajaan.

v) Tambang penerbangan kelas ekonomi untuk pegawai sahaja.

(vi) Cuti 30 hari setahun

^Atas

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
SARJANA TAMU

1. Pelantikan
Skim ini diwujudkan bagi mendapatkan hasil yang cemerlang dari pegawai akademik dan bukan akademik yang pakar dan berpengalaman dalam bidangnya yang dapat memberi manfaat kepada Universiti.

2. Syarat Pelantikan
i) Diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi.
ii) Diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih (Guru)
iii) Diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti

3. Kriteria
i) Seorang yang terkemuka/ahli/tokoh dalam bidangnya sama ada bidang akademik atau kepakaran.
ii) Hendaklah terkenal dan masyarakat Universiti akan mendapat faedah daripada kehadirannya.
iii) Berpengalaman dan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidangnya.
iv) Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara.

4. Bidang Tugas
i) Menyiapkan projek penulisan di dalam tempoh pelantikan.
ii) Mengemukakan laporan kemajuan.
iii) Memberi ceramah/seminar mengikut keperluan Universiti.

5. Syarat Perkhidmatan

i) Terma lantikan sepenuh masa

ii) Tempoh 6 bulan - 2 tahun

iii) Imbuhan RM3,500 sebulan
bulanan (Saguhati: RM3,000.00 & Imbuhan Tetap Perumahan : RM500.00)

iv) Kemudahan untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel atau Hospital
Perubatan Kerajaan.

v) Royalti Universiti akan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi
menghasilkan karya. Walau bagaimanapun hasil penulisan dan
penerbitan tersebut adalah menjadi kepunyaan Universiti. Royalti
(jika berkenaan) akan dibayar mengikut peraturan yang
berkuatkuasa di Universiti ini.

vi) Cuti 30 hari setahun.

^Atas

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
FELO PENYELIDIK

1. Pelantikan
Skim ini diwujudkan untuk melantik calon-calon ke dalam perkhidmatan Universiti bagi mendapatkan kepakaran dan pengalaman mereka yang akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada Universiti dalam bidang penyelidikan.

2. Syarat Pelantikan
i. Diperakukan oleh Jawatankuasa Penitaian di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi.
ii. Diperakukan oteh Jawatankuasa Pemilih (Penyelidik)
iii. Diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti

3. Kriteria Pelantikan
Terbuka kepada calon daripada dalam dan luar negara dan mestilah:
i. Mempunyai rekod penyelidikan yang cemerlang.
ii. Mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh Fakulti/Institut/Pusat/Akademi untuk tujuan penyelidikan.

4. Bidang Tugas
i. Menjalankan kerja penyelidikan termasuk perundingan dalam bidang kepakarannya.
ii. Menyelia di peringkat pasca-siswazah.
iii. Membantu dalam usaha mendapatkan lebih banyak peruntukan penyelidikan.
iv. Membantu di dalam penjanaan projek-projek baru di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi.
v. Mentor kepada penyelidik baru.
vi. Membantu membangunkan pengkomersilan hasil penyelidikan.
vii. Membangunkan jaringan/rangkaian penyelidikan dengan pihak luar.

5. Syarat Perkhidmatan

i. Terma lantikan Sepenuh masa

ii. Tempoh 1 tahun dan boteh dilanjutkan.

iii. Imbuhan

1) Penyelidik Utama: Mengikut VK5, VK 6 atau VK7bulanan
2) Penyelidik Kanan : Mengikut Gred 54
3) Penyetidik : Mengikut Gred 45 - 52

iv. Kemudahan Untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel atau
Perubatan Hospital Kerajaan.

v. Tambang Kelas perniagaan untuk Penyelidik Utama dan Penyelidik Kanan Penerbangan manakala kelas ekonomi untuk Penyelidik (pegawai sahaja).

vi. Cuti 30 hari setahun

^Atas

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
FELO PERUNDING

1. Pelantikan
Skim ini diwujudkan untuk melantik calon-calon ke dalam perkhidmatan Universiti bagi mendapatkan kepakaran dan pengalaman mereka yang akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada Universiti.

2. Syarat Pelantikan
i. Diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi
ii. Diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilih
iii. Diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti

3. Kriteria Pelantikan
Terbuka kepada calon daripada dalam dan luar negara dan mestilah memenuhi kriteria berikut:

a) Felo Perunding
it Mencapai tahap kecemerlangan yang istimewa mutunya.
ii) Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang kepakarannya.

b) Felo Perunding Kanan,
i) Mencapai tahap kecemerlangan yang terkemuka mutunya.
ii) Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang kepakarannya.

c) Felo Perunding Utama
i) Mencapai tahap kecemerlangan yang sangat terkemuka mutunya.
ii) Memiliki pengalaman yang tuas dalam bidang kepakarannya.

4. Bidang Tugas
i. Menjalankan kerja-kerja perundingan dahm bidang kepakarannya.
ii. Mendapatkan jaringan dan rangkaian hubungan dengan pihak luar.
iii. Membantu kerja-kerja pengajaran dan perundingan di Fakulti/Instltut/Pusat/Akademi.

5. Syarat Perkhidmatan

i. Terma lantikan : Sepenuh masa

ii. Tempoh : Jangka pendek tidak melebihi setahun dan boteh dilanjutkan.

iii. Imbuhan bulanan :

1) Perunding Utama : Mengikut VK5 dan VK6
2) Perunding Kanan : Mengikut VK7
3) Perunding : Mengikut Gred 54

Kemudahan : Untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel atau Hospital Perubatan Kerajaan.

iv. Tambang : Ketas perniagaan untuk Perunding Utama, Perunding Kanan dan
Penerbangan Perunding (pegawai sahaja).

v. Cuti : 30 hari setahun

^Atas

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
KURSI

1. Pelantikan
Skim ini diwujudkan bagi mendapatkan pegawai akademik dan bukan akademik yang pakar, berpengalaman dan tersohor dalam bidangnya yang dapat memberi manfaat kepada Universiti.

2. Syarat Pelantikan
i) Diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi
ii) Diluluskan oleh Pihak Pengurusan Universiti

3. Kriteria
Terbuka kepada talon daripada dalam dan Warganegara dan mestilah:
i) Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.
ii) Mempunyai kepakaran yang diperlukan oteh Fakulti/Institut/Pusat/Akademi untuk tujuan penyelidikan, perundingan, pengajaran dan pembelajaran.

4. Bidang Tugas
i) Liason work dengan agensi
ii) Mengetuai penyelidikan/perundingan
iii) Memberikan Public Lecture
iv) Memberikan seminar
v) Memberikan latihan
vi) Mentor kepada Pensyarah baharu

5.Syarat Perkhidmatan

i) Terma lantikan Sepenuh masa atau separuh masa

ii) Tempoh 1 tahun dan boleh dilanjutkan

iii) Imbuhan Mengikut gaji dan elaun yang diterima oleh Profesor atau
bulanan honorarium yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pemilih/Pihak Pengurusan Universiti.

iv) Kemudahan Untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik Panel atau Hospital
Perubatan Kerajaan.

v) Tambang Kelas perniagaan untuk pegawai sahaja atau apa yang diputuskan
Penerbangan oleh Pihak Pengurusan Universiti.

vi) Cuti 30 hari setahun

^Atas

___________________________________________________________________________________

SKIM PERKHIDMATAN
PASCA DOKTORAL

Skim ini memberi sokongan dalam bentuk bantuan kewangan untuk melantik lepasan doktor falsafah (Pasca Doktoral) yang akan menjalankan penyelidikan sepenuh masa di fakulti dan institut penyelidikan peringkat pengajian tinggi. Melalui aktiviti penyelidikan yang dijalankan, diharap dapat menyumbang kepada peningkatan penyelidikan dalam bidang-bidang keutamaan negara.

Syarat pelantikan

i)Diperakukan oleh Penyelia di fakulti/Institut/Pusat/Akademi.
ii)Disokong oleh Ketua Jabatan
iii)Disokong oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) / Pengarah Institut
iv)Diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih Penyelidik

Kriteria Pelantikan

 Terbuka kepada calon dari dalam dan luar negara dan calon mestilah:

i) Mempunyai pengalaman penyelidikan di peringkat Doktor Falsafah
ii)Mempunyai pengetahuan dan kepakaran minimum yang diperlukan oleh Fakulti/Institut/Pusat/Akademi untuk tujuan penyelidikan.

Bidang tugas

i) Menjalankan kerja penyelidikan termasuk perundingan dalam bidang kepakarannya.

ii) Membantu di dalam penjanaan projek-projek baru di Fakulti/Institut/Pusat/Akademi.

iii)Membantu dalam usaha mendapatkan lebih banyak peruntukan penyelidikan
iv)Mentor kepada penyelidik baru
v)Menyelia di peringkat pasca-siswazah
vi)Membantu promosi dan membangunkan pengkomersilan hasil penyelidikan
vii)Membangunkan jaringan / rangkaian penyelidikan dengan pihak luar.

Syarat Perkhidmatan

i)Terma lantikan : Sepenuh masa Tempoh : 1 tahun dan boleh dilanjutkan.
ii)Imbuhan bulanan : 

1) Pasca Doktoral Utama - RM4,500.00
2) Pasca Doktoral Kanan - RM4,000.00
3) Pasca Doktoral Muda - RM3,500.00

iii)Kemudahan Perubatan : Untuk diri sendiri sahaja sama ada di Klinik
Panel atau Hospital Kerajaan.

iv)Tambang Penerbangan : Kelas ekonomi sahaja
v)Cuti : 30 hari

^Atas

___________________________________________________________________________________

 

PERMOHONAN

Untuk permohonan jawatan tersebut sila muat turun borang di sini

PERMOHONAN ANDA BOLEH DI HANTAR TERUS KE ALAMAT:

Pengarah,
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

ATAU

EMEL: barkawi@eng.upm.edu.my

^Atas

PENAFIAN:Universiti Putra Malaysia dan Institut Teknologi Maju tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan 1024 X 768 piksel | Hubungi webmaster