Program Penyelidikan Eksplotasi Tenaga daripada Gas Landfill (LFG) (Energy harnessing from Landfill Gas (LFG)) telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Oktober 2007 yang melibatkan Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN); Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLiUC) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai universiti peneraju. Program ini merangkumi lima projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6, 171,000.00 dengan usahasama 50 orang penyelidik dari ketiga-tiga universiti berkenaan. Tapak projek adalah di tempat buangan sampah Ayer Hitam yang diusahakan oleh Jana Landfill Sdn Bhd.
Pembahagian projek adalah seperti berikut:
1)-Sistem Penjanaan Elektrik daripada Gas Landfill untuk Malaysia - UNITEN
(Landfill Gas Electricity Generation System for Malaysia)
2)-Penjanaan dan Pembekalan Gas Landfill daripada Tapak Buangan Sampah Municipal Malaysia - UNITEN
(Landfill Gas Generation and Extraction from Malaysian Municipal Solid Wastes Disposal)
3)-Sistem Bersepadu Memantau Gas Landfil untuk Pembekalan Tenaga daripada Tapak buangan Sampah Malaysia - UNITEN
(Centralized Landfill Gas Monitoring System for Energy Extraction from Landfills in Malaysia)
4)-Rawatan Gas Landfil Menjadi Bahanapi Gas Enjin - UPM
(Landfill Gas (LFG) Treatment as Gas Engine Fuel )
5)-Analisis Kitar Hayat & Persekitaran dan Penilaian Risiko Tapak Landfil sebagai Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui - UPM
(Life Cycle Analysis & Environmental and Risk Assessment of Landfill Ste in Malaysia as Renewable Energy Source)
Tajuk |
Output |
Sistem Penjanaan Elektrik daripada Gas Landfill untuk Malaysia |
Sistem penjanaan elektrik LFG dan SOP |
Penjanaan dan Pembekalan Gas Landfil daripada Tapak Buangan Sampah Municipal Malaysia |
Penjanaan berterusan gas landfill |
Sistem Bersepadu Memantau Gas Landfill untuk Pembekalan Tenaga daripada Tapak buangan Sampah Malaysia |
Sistem pantauan gas landfill cerdik |
Rawatan Gas Landfil Menjadi Bahanapi Gas Enjin |
Kaedah Rawatan Gas Landfill |
Analisis Kitar Hayat & Persekitaran (LCA) dan Penilaian Risiko Tapak Landfil sebagai Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui |
Matriks Risiko, LCA, Kaedah kawalan leachate |