Welcome to Official ITMA Website

 

ITMA * Peneraju Penyelidikan dan Pembangunan dalam Teknologi Maju

Institut Teknologi Maju (ITMA) , Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 1 November 1999 sebagai sebuah institut penyelidikan termaju yang bertujuan untuk menerajui penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains fizik, kejuruteraan dan teknologi maklumat yang terkini. Untuk mencapai hasrat ini, ITMA akan membangunkan laboratori-laboratori penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang-bidang utama teknologi termaju, menarik minat penyelidik-penyelidik terkenal dan melatih bakal penyelidik dalam teknologi termaju. ITMA akan berkongsi segala penemuan penyelidikan, kepakaran dan kemudahan dengan komuniti penyelidik dan sektor industri dari seluruh dunia.

Objektif

Institut Teknologi Maju berhasrat untuk menjadi peneraju penyelidikan termaju dalam bidang sains fizik, kejuruteraan dan teknologi maklumat yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, pengajian lepasan ijazah dan perkhidmatan. ITMA ditubuhkan berdasarkan kepada objektif-objektif utama seperti berikut:

Untuk menjalankan, menyelaras dan mengetuai penyelidikan serta pembangunan pelbagai bidang terkini dalam teknologi maju.

Untuk menawarkan program pengajian lepasan ijazah bagi peringkat Sarjana (M.Sc.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) untuk pelajar tempatan dan antarabangsa.

Untuk menjana pusat penyebaran ilmu dan teknologi serta membina rangkaian antara universiti, laboratori dan sektor industri secara global.

Misi & Strategi

Mengendalikan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang terkini.

Menubuhkan laboratori-laboratori bertaraf dunia dan dilengkapi kemudahan tercanggih .
Menghimpunkan pakar-pakar penyelidik .
Mewujudkan rangkaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menawarkan program lepasan ijazah bertaraf antarabangsa dalam bidang-bidang terkini.

Mengenalpasti dan membangunkan bidang penyelidikan terkhusus .
Menarik kemasukan pelajar antarabangsa melalui biasiswa penyelidikan
Mewujudkan budaya penyelidikan yang sihat .

Menyebarkan ilmu dan teknologi yang inovatif.

Menghasil dan menerbitkan jurnal di peringkat antarabangsa .
Memelihara rangkaian global .
Melibatkan diri dalam perniagaan dan perundingan .

    Visi

Institut Teknologi Maju akan menjadi institut penyelidikan bertaraf dunia dalam ilmu pengetahuan dan teknologi maju untuk manfaat manusia sejagat.

 

 

PENAFIAN:Universiti Putra Malaysia dan Institut Teknologi Maju tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan 1024 X 768 piksel | Hubungi webmaster