Perkhidmatan Pengujian | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» PERKHIDMATAN » Perkhidmatan & Fasiliti » Perkhidmatan Pengujian

Perkhidmatan Pengujian

 



Institut Teknologi Maju (ITMA) menyediakan perkhidmatan pengujian menggunakan pelbagai peralatan bagi memenuhi keperluan penyelidikan terutama dalam bidang bahan maju dan nanoteknologi. Perkhidmatan pengujian dan pembuatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Analisis molekul
2. Analisis terma
3. Analisis saiz zarah
4. Pengujian keporosan
5. Pengujian mekanikal
6. Pengujian kromatografi
7. Pencirian kemagnetan
8. Pembuatan Papan litar bercetak

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai kami di itma_analysis@upm.edu.my atau mana-mana pegawai bertanggungjawab seperti di bawah.

Muat turun Borang Permohonan DI SINI.
Muat turun Katalog Peralatan Pengujian ITMA DI SINI

PERALATAN KETERANGAN

ULTRA HIGH RESOLUTION SCANNING ELECTRON MCROSCOPE (FESEM)
Jenama: FEI
Model: NOVA NANOSEM 230

Energy Dispersive
X-Ray (EDX)

[Brosur]

FESEM Dapat menghasilkan imej diperbesarkan pelbagai spesimen, mencapai pembesaran lebih 500,000 x menyediakan pengimejan beresolusi ultra-tinggi dalam format digital. Peralatan ini mempunyai dua mod operasi vakum untuk digunakan bersama sampel berbeza iaitu vakum tinggi (HiVac) dan vakum rendah (LowVac)

Analisis EDX boleh digunakan untuk menentukan komposisi unsur secara tunggal atau pemetaan taburan unsur pada kawasan pengimejan. EDX ini digabungkan dengan FESEM, yang membolehkan analisis unsur dijalankan ke atas kawasan berdiameter sekecil nanometer (nm).

Kedua-dua peralatan ini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan MS ISO/IEC 17025.

RAMAN SPECTROSCOPY
Jenama: Witec
Model: Alpha 300R

[Brosur]

 
Boleh menentukan struktur kimia sampel dan mengenal pasti sebatian yang hadir dengan mengukur getaran molekul. Pilihan laser yang sedia ada ialah 488nm, 532nm dan 633nm. Terdapat beberapa jenis analisis seperti spektrum tunggal, pemetaan dan pengimbasan garis.

FOURIER TRANSFORM INFRARED (FTIR)

Jenama: Thermo Nicolet

Model: Nicolet 6700


Kegunaan FTIR adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti bahan yang tidak diketahui
2. Menentukan kualiti atau keseragaman sampel
3. Menentukan jumlah komponen dalam campuran

Julat panjang gelombang : 400nm hingga 4000nm.

UV VISIBLE SPECTRO PHOTOMETER (UV-VIS)

Jenama: Perkin Elmer

Model: Lambda 35


 

Untuk analisis kuantitatif bahan dalam larutan secara spektroskopi sinaran ultra lembayung-nampak berdasarkan Hukum Beer-Lambert. Peralatan ini boleh menjalankan pengukuran imbasan, kajian kinetik dan lekuk kalibrasi.

Julat panjang gelombang : 1100nm hingga 190nm.

THERMO GRAVIMETRIC ANALYZER (TGA/DSC)

Jenama: METTLER TOLEDO

Model: TGA/DSC 1 HT

 

Boleh mengukur perubahan sifat-sifat bahan apabila dipanaskan. Peralatan ini menyediakan dua kaedah pengukuran, iaitu Thermo gravimetric Analysis (TGA) dan Differential Scanning Calorimetry (DSC).

Julat suhu: 25°C to 1600°C.

NANO SIZER

Jenama: Malvern Instruments

Model: Nano S

 

Untuk menganalisis saiz zarah berukuran antara 6 nm hingga 6μm.

 

SURFACE AREA ANALYZER (BET)

Jenama: BELSorp

Model: BELSorp Mini II


 

 

Untuk mengetahui ciri-ciri permukaan dan keliangan sesuatu bahan. Peralatan ini boleh menganalisa luas permukaan spesifik BET yang melebihi 0.01 m2/g dan taburan saiz liang dalam julat 0.35 to 200 nm.

 

 

 

 

UNIVERSAL TESTING MACHINE (UTM)

Jenama: Instron

Model: 5566

 

 

UTM digunakan untuk menjalankan ujian tegangan, mampatan dan juga lenturan terhadap sesuatu bahan. Mesin ini mempunyai kerangka beban berkapasiti 10 kN serta sel beban berkapasiti 10 kN dan 1kN.

GAS CHROMATOGRAPHY (GC)

Jenama: AGILENT

 Model: 7890A


 

 

Kromatografi gas adalah peralatan analisis kimia untuk memisahkan bahan kimia dalam sampel yang rumit. Model ini menyediakan dua jenis salur masuk yang berbeza iaitu split/splitless dan Cool On-Column. Jenis pengesan ialah Flame Ionization Detector (FID) dan Thermal Conductivity Detector (TCD)

HYSTERESIS GRAPH SYSTEM

Model: MATS-2010

 

Boleh mengukur parameter ciri-ciri kemagnetan sampel seperti ketelapan awal (μi), ketelapan maksima (μm), aruhan magnet tepu (Bs), pemagnetan baki (Br), histerisis yang hilang (Pu) dan lain-lain. Peralatan ini mempunyai tiga sistem yang berbeza seperti berikut:

 

i. Sistem Graf Histerisis Pegun DC untuk Bahan Magnet Lembut

ii. Sistem Graf Histerisis Dinamik AC untuk Bahan magnet lembut

iii. Sistem Ujian Automatik Magnet untuk Magnet Kekal

 

WIRE BONDER

Jenama: West Bond

Model: 7700D


 

Boleh menghubungkan wayar emas dari 0.0007in ke 0.002in. Ikatan dihasilkan oleh teknik bola-ke-baji menggunakan tenaga ultrasonik dan bahan kerja haba. Pengendali menggunakan rujukan tangan/mata untuk sasaran ikatan dan ketinggian dengan memandu peralatan ikatan secara manual.

ATOMIC ABSORPTION SPECTROSCOPY (AAS)

Jenama: Perkin Elmer

Model: AAnalyst 400

 

Menentukan kehadiran unsur logam di dalam sampel cecair serta kepekatan logam di dalam larutan.



 

 

 

Kemaskini:: 20/09/2017 [marzieana]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467531
0389467006
C1508396122