Program Siswazah (Bidang Pengajian)
Nama Program: Master Sains / Doktor Falsafah
Kejuruteraan Bahan Maju
Bahan Nano dan Teknologi Nano
Kejuruteraan Automatif
Kejuruteraan Tenaga
Kejuruteraan Bioperubatan
Pembuatan Sepadu Berkomputer
Teknologi Pintar dan Kejuruteraan Robotik
Kejuruteraan Robotik Pertanian
Kejuruteraan Perladangan Presis
Kejuruteraan Pengairan dan Penyaliran
Penderiaan Jauh
Kejuruteraan Maklumat Spatial
Kejuruteraan Geomatik dan GIS
SYARAT PEMBIAYAAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)
PENGENDALIAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOMPREHENSIF
________________________________________________________________
Kejuruteraan Bahan Maju
Pengenalan Kepada Program
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan multidisiplin yang mendalam, isu semasa dan praktis dalam bidang Bahan Maju seperti komposit, seramik, bahan elektronik, bahan magnet, bahan pintar, plastik dan polimer. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Bahan Nano dan Teknologi Nano
Pengenalan Kepada Program
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang berkaitan dengan Bahan Nano dan Teknologi yang melibatkan penggunaan bahan yang bersaiz nano sebagai contoh penderia, pembawa, pembawa ubat nano, penyerap nano, elektonik nano, mesin nano, komposit nano, tiub nano, karbon nano dan teknologi nano. Pelajar dikehendaki mengikuti kursus berkaitan dengan bidang yang dinyatakan, menjalankan penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan diperiksa dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Automotif
Pengenalan Kepada Program
Bidang Kejuruteraan Automatif merangkumi pengajian penyelidikan asas dan gunaan penyelidikan, pembangunan, rekabentuk dan penggunaan teknologi automatif, sistem automatif dan komponen. Ia merangkumi sistem penyimpanan bahanapi, sistem kawalan, komunikasi senibina dan integrasi kenderaan, pembakaran dan pencemaran. Sistem penyimpanan bahanapi memberi tumpuan kepada tangki komposit lilitan serat, karbon teraktif dan sistem penyerapan tiub nano karbon dan tangki bolehsuai. Sistem kawalan automatif memberi tumpuan kepada rekabentuk, pembangunan dan pembikinan sistem kawalan enjin berasaskan elektronik.
Ia merangkumi rekabentuk unit kawalan elektronik pintar, pembangunan kit diagnostik, parameter kawalan pembakaran, pembangunan komunikasi algoritma, penentukuran sistem dan penggunaan. Senibina dan integrasi kenderaan merangkumi rekabentuk dan pembangunan struktur badan dan platfom kenderaan. Ia memberi tumpuan kepada senibina, rekabentuk ringan, kelakuan remuk, tegasan, penat dan getaran, rekabentuk ergonomik, bahan komposit dan integrasi sistem. Pembakaran dan pencemaran meliputi kajian mengenai pencemaran, sistem dan komponen kawalan pencemaran dan sistem pembakaran bahanapi yang cekap tenaga. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Tenaga
Pengenalan Kepada Program
Bidang kejuruteraan tenaga merangkumi pengajian penyelidikan asas dan gunaan yang melibatkan pembangunan, rekabentuk dan penggunaan tenaga alternatif, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi mampan. Tenaga boleh diperbaharui merangkumi tenaga suria, angin, hidro, ombak, biojisim dan hidrogen. Bidang penyelidikan merangkumi pembangunan mesin, instrumentasi, penjanaan tenaga, penstoran tenaga yang mesra alam. Untuk pembangunan tenaga suria sistem instrumentasi yang merangkumi pengesan perjalanan arah suria, pengubahsuaian enjin stirling, sistem saliran air, dan cermin suria dan pelancaran penjanaan tenaga perlu dijalankan untuk kawah suria. Ladang kincir angin memerlukan sistem penjanaan, pengagihan tenaga dan penstoran tenaga.
Pembangunan gasifier dan penulenan gas sintesis untuk menjana tenaga elektrik terus daripada biojisim kelapa sawit dan penjanaan gas daripada biojisim merupakan beberapa aspek pembangunan tenaga biojisim. Sistem mengesan ternakan dan pembangunan penghasilan gas metana secara automatik adalah cabaran bagi penyelidikan ini. Pembangunan tingkap cerdik, serombong cerdik dan penggunaan photo voltaic dalam menghasilkan persekitaran dalaman yang sihat merupakan sebahagian daripada teknologi mampan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Bioperubatan
Pengenalan Kepada Program
Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan biomekanik, pengimejan perubatan, rekabentuk anggota palsu, instrumentasi perubatan dan orthopedik yang membolehkan mereka menggunakan prinsip kejuruteraan untuk menyelesaikan masaalah biologi dan perubatan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus yang berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan diperiksa dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Pembuatan Sepadu Berkomputer
Pengenalan Kepada Program
Program ini adalah bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dari segi teori dan praktikal berkaitan dengan bidang pembuatan sepadu berkomputer. Bidang penyelidikan yang ditawarkan adalah terdiri daripada Automasi Rekabentuk Produk, Automasi Proses Pembuatan, Sistem Integrasi Maklumat dalam Pembuatan, Rekabentuk Kejuruteraan dan Grafik serta Sistem Sepadu Berkomputer dalam Pembuatan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus yang berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan diperiksa dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Teknologi Pintar dan Kejuruteraan Robotik
Pengenalan Kepada Program
Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Sistem Cerdik, Robotik Perseptual, Sistem Terbenam dan Masa Nyata. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus yang berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan dan membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan diperiksa dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Robotik Pertanian
Pengenalan Kepada Program
Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mendalam tentang sistem robotik pertanian, sistem pengautomatan pertanian, sistem penderiaan dan penglihatan, sistem kawalan dan komunikasi berkomputer dan sistem gantri dalam rumah hijau. Dengan perkembangan teknologi terkini jentera pertanian perlu diintegrasikan dengan teknologi seperti sistem penglihatan, GPS, GPRS dan GIS. Melalui program ini pelajar dapat melengkapkan ilmu pengetahuan tentang teknologi yang terkini yang digunakan terutamanya dalam industri dan diadaptasi dalam sektor pertanian. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Perladangan Persis
Pengenalan Kepada Program
Perladangan presis melibatkan integrasi sistem jentera dengan penderiaan jauh, sistem maklumat geografi dan sistem penentududukan global untuk meningkatkan hasil dan keuntungan pengeluaran pertanian dengan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran kepada pelajar bagi memperolehi pengetahuan mengenai teori dan praktik yang berkaitan dengan bidang teknologi perladangan pintar seperti pemetaan hasil ladang, pemetaan kesuburan tanah dan teknologi kadar boleh ubah. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Pengairan dan Penyaliran
Pengenalan Kepada Program
Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mendalam tentang kejuruteraan pengairan dan penyaliran. Dengan perkembangan kejuruteraan terkini, projek pengairan dan saliran perlu menggunakan kejuruteraan maklumat dan kejuruteraan berkaitan seperti automasi, penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi. Melalui program ini pelajar dapat melengkapkan ilmu pengetahuan tentang kejuruteraan pengairan dan penyaliran yang terkini dalam industri pertanian, landskap dan taman rekreasi. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Penderiaan Jauh
Pengenalan Kepada Program
Program siswazah dalam bidang penderiaan jauh memfokus kepada teknologi pengimejan, perolehan data dan pengukuran, pemodelan lokasi dan maya nyata, geovisualisasi, pemprosesan dan analisa imej berdigit dan aplikasi penderiaan jauh.
Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Maklumat Spatial
Pengenalan Kepada Program
Program siswazah dalam bidang kejuruteraan maklumat spatial memfokus kepada rekabentuk sistem untuk perolehan, pengurusan dan analisis maklumat yang mempunyai komponen spatial. Bidang ini meliputi sistem maklumat geografi, sistem berasaskan lokasi, sistem satelit navigasi global dan sistem penderiaan jauh.
Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
________________________________________________________________
Kejuruteraan Geomatik dan GIS
Pengenalan Kepada Program
Program siswazah dalam bidang kejuruteraan geomatik dan GIS berkaitan dengan sains dan teknologi spatial. Di antara topik penyelidikan ialah analisis pemilihan tapak, sistem geomatik lanjutan, pemetaan analisis kemalangan jalanraya, pengesanan tumpahan minyak, pengukuran hakisan pantai dan sistem amaran awal untuk pemantauan bencana.
Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus berkaitan bidang yang dinyatakan dan menjalankan penyelidikan serta membentangkan hasil penyelidikan melalui seminar. Di akhir program pelajar dikehendaki menyerahkan tesis yang akan dinilai dan menjalani viva voce.
^Keatas
___________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Sekolah Pengajian Siswazah
Zon 4, Off Jalan Stadium,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 03-8946 4225 / 8946 4217 | Fax : 03-8948 4233
E-mail : gso@admin.upm.edu.my
Website: http://www.gso.upm.edu.my
Aniza Abdullah
Pegawai Tadbir (Penyelidikan dan Pasca Siswazah)
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 603-8946 8461 | Fax : 603-8656 6061
E-mail: aniza_abd@putra.upm.edu.my
|