MENU ITMA

Carian @ ITMA


powered by ITMA SEARCH

ITMA user counter

 

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PEMBIAYAAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)


1. Pelajar yang berjaya hendaklah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan atau biasiswa dan tidak bekerja dalam apa jua bentuk pekerjaan. Pelanggaran dalam perkara ini akan menyebabkan fellowship ditamatkan dan pelajar akan dianggap melakukan pecah kontrak.

2. Elaun bulanan pelajar GRF tidak akan dibayar sekiranya pelajar menangguhkan pengajian.

3. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini, di samping menjalankan kerja-kerja penyelidikan, pelajar adalah bertanggungjawab untuk membantu dalam pengajaran/tutorial/amali/penyeliaan pelajar tahun akhir/membantu penyelidikan (semasa cuti semester) dan/atau menunjuk ajar iaitu selama 4 jam seminggu bagi pelajar master dan 6 jam seminggu bagi pelajar PhD termasuk pada cuti semester.

4. Pelajar dikehendaki membuat penyelidikan hanya di Malaysia.

5. Pelajar mesti memastikan status pengajian adalah baik. Pelajar yang mendapat status “Percubaan”, fellowship mereka akan ditamatkan.

6. Pelajar mesti menghantar kertas penyelidikan dan memastikan ianya diterima untuk penerbitan di jurnal berwasit (sekurang-kurangnya 1 kertas penyelidikan bagi pelajar Master dan 2 kertas penyelidikan bagi pelajar PhD) sebelum tamat pengajian. Pelajar yang gagal memenuhi keperluan syarat ini akan dianggap melakukan pecah kontrak.

7. Pelajar yang menerima biasiswa ini perlu menandatangani perjanjian dengan UPM termasuk perjanjian berkaitan Harta Intelek.

8. Pelajar GRF perlu merekodkan kehadiran mereka setiap hari ke Universiti mulai 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja. Rekod kehadiran tersebut perlu disahkan oleh penyelia/penasihat pelajar berkenaan pada setiap bulan dan laporan tersebut hendaklah dihantar kepada SPS.

9. Pelajar GRF yang didapati tidak hadir di Universiti tanpa kebenaran daripada penyelia/penasihat melebihi 14 hari, elaun bulanan mereka bagi bulan tersebut tidak dibayar.

10. Pelajar Master yang menerima GRF, sekiranya permohonan naik taraf mereka diluluskan, pelajar berkenaan adalah layak untuk menerima kadar elaun dan tempoh pembiayaan yang sama bagi pelajar PhD, berkuatkuasa mengikut surat kelulusan naik taraf yang dikeluarkan kepada pelajar berkenaan.

11. Pelajar yang melakukan pecah kontrak perlu membayar balik jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Universiti semasa pembiayaan biasiswa berkuatkuasa termasuk kadar yuran yang dikecualikan sebelumnya.

12. Peroses permohonan cuti pelajar GRF dilulus dan diuruskan oleh Sekolah Pengajian Siswazah.


^Keatas

Klik disini untuk dapatkan Borang Log GRF dan Borang Log Perbincangan Projek Luar

___________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Sekolah Pengajian Siswazah
Zon 4, Off Jalan Stadium,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 03-8946 4225 / 8946 4217 | Fax : 03-8948 4233
E-mail : gso@admin.upm.edu.my
Website: http://www.gso.upm.edu.my

Aniza Abdullah
Pegawai Tadbir (Penyelidikan dan Pasca Siswazah)
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 603-8946 8461 | Fax : 603-8656 6061
E-mail: aniza_abd@putra.upm.edu.my