Welcome to Official ITMA Website

 

PENGENDALIAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOMPREHENSIF

Garis Panduan bagi Penyelia, Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis dan Pelajar

Panduan Kepada Penyelia
Panduan Kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.
Panduan Kepada Pelajar


________________________________________________________________

Panduan Kepada Penyelia

 

1. Pastikan tempoh peperiksaan komprehensif yang ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah belum tamat.

2. Keluarkan surat panggilan perbincangan pengendalian peperiksaan komprehensif kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis dan pelajar.

3. Salinkan satu salinan surat panggilan perbincangan ke pejabat Timbalan Pengarah.

4. Dapatkan fail pelajar daripada Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi).

5. Kendalikan perbincangan dan pastikan :

    Pelajar telah melengkapkan semua kerja kursus sepertimana yang telah ditetapkan dalam borang Skema Pengajian (GS-05a).

    Pelajar telah menyediakan kertas cadangan penyelidikan tesis dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

    Jadual tarikh peperiksaan bertulis dan lisan ditetapkan.

    Skop peperiksaan bertulis oleh Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis untuk persediaan pelajar ditetapkan.

    Tugasan penyediaan soalan peperiksaan bertulis oleh Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis ditetapkan.

6. Serahkan fail pelajar (dengan tangan) kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) selepas perbincangan.

7. Sediakan soalan peperiksaan bertulis.

8. Serahkan soalan peperiksaan bertulis kepada pelajar pada tarikh peperiksaan.

9. Terima dan semak buku jawapan peperiksaan.

10. Terima satu salinan soalan peperiksaan bertulis dari Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis pada tarikh peperiksaan.

11. Terima keputusan peperiksaan bertulis daripada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

12. Keluarkan surat panggilan peperiksaan lisan kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

13. Salinkan satu salinan surat panggilan peperiksaan lisan ke pejabat Timbalan Pengarah.

14. Maklumkan keputusan peperiksaan bertulis kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis sebelum peperiksaan lisan.

15. Kendalikan peperiksaan lisan.

16. Dapatkan persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis pada borang Keputusan Peperiksaan Komprehensif (GS-12), selepas peperiksaan lisan.

17. Serahkan borang GS-12 berserta kertas soalan yang telah diambil oleh pelajar (dengan tangan) yang telah ditandatangan oleh Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis kepada Timbalan Pengarah untuk pengesahan.

18. Terima salinan keputusan rasmi peperiksaan dari Sekolah Pengajian Siswazah.

 

^Keatas

________________________________________________________________

Panduan Kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

 

1. Terima surat panggilan perbincangan pengendalian peperiksaan komprehensif daripada Penyelia.

2. Hadir pada hari perbincangan.

3. Sediakan soalan peperiksaan bertulis.

4. Serahkan soalan peperiksaan bertulis kepada pelajar pada tarikh peperiksaan.

5. Serahkan satu salinan soalan peperiksaan bertulis kepada Penyelia pada tarikh peperiksaan.

6. Terima dan semak buku jawapan peperiksaan.

7. Serahkan keputusan peperiksaan kepada Penyelia.

8. Terima surat panggilan peperiksaan lisan dari Penyelia.

9. Hadir pada hari peperiksaan.

10. Terima borang Keputusan Peperiksaan Komprehensif-PhD (GS-12) dan tandatangan pada borang.

^Keatas

________________________________________________________________

Panduan Kepada Pelajar

 

1. Terima surat panggilan perbincangan pengendalian peperiksaan komprehensif daripada Penyelia.

2. Buat persiapan dan hadir pada hari perbincangan.

3. Terima soalan peperiksaan bertulis daripada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

4. Serah buku jawapan peperiksaan kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis.

5. Terima surat panggilan peperiksaan lisan dari Penyelia.

6. Buat persiapan dan hadir pada hari peperiksaan.

7. Terima surat keputusan rasmi peperiksaan dari Sekolah Pengajian Siswazah.

^Keatas

___________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Sekolah Pengajian Siswazah
Zon 4, Off Jalan Stadium,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 03-8946 4225 / 8946 4217 | Fax : 03-8948 4233
E-mail : gso@admin.upm.edu.my
Website: http://www.gso.upm.edu.my

Aniza Abdullah
Pegawai Tadbir (Penyelidikan dan Pasca Siswazah)
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel : 603-8946 8461 | Fax : 603-8656 6061
E-mail: aniza_abd@putra.upm.edu.my

 

 

 

PENAFIAN:Universiti Putra Malaysia dan Institut Teknologi Maju tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan 1024 X 768 piksel | Hubungi webmaster