Indepth Seminar Presentation Oleh PM Dr. Abdul Azis Ariffin | INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
» BERITA » Indepth Seminar Presentation oleh PM Dr. Abdul Azis Ariffin

Indepth Seminar Presentation oleh PM Dr. Abdul Azis Ariffin

Selasa 27 Januari, 2016

SERDANG, UPM – Institut Teknologi Maju telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Indepth Seminar Presentation. Seminar ini telah disampaikan oleh Felo Penyelidik ITMA iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Azis Ariffin. Program ini juga telah dirasmikan oleh Ketua Laboratori Teknologi dan Pemprosesan Bahan (MPTL) Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid.

Seminar ini telah memfokus kepada “Penapisan, Pemeringkatan, Penstekturan, dan Penghasilan minyak yang boleh dimakan dan Lemak Produk Hiliran dari buah kelapa sawit dan Minyak Isirong Sawit yang juga diketahui oleh umum sebagai kepakaran Dr. Abdul Azis. Seramai 64 orang peserta telah hadir ke seminar ini. Kebanyakan peserta adalah dari industri kelapa sawit dan beberapa orang pelajar. Program ini bukan hanya diisi dengan ceramah tetapi turut diselangi dengan demonstrasi yang diberikan oleh Dr. Abdul Azis sendiri.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta di samping dapat mewujudkan lebih banyak aktiviti yang melibatkan industri dengan ITMA.

Senarai industri terlibat :

1. Intercontinental Speciality Fats Sdn Bhd

 

2. Keck Seng (M) Bhd

 

3. Outspan Malaysia Sdn. Bhd

 

4. Sime Darby Jomalina Sdn. Bhd.

 

5. Sime darby Research Sdn. Bhd.

 

6. Sinaran Palm Services Sdn. Bhd.

 

7. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

 

8. Genting Musimas Refinery Sdn. Bhd. 

 

9. Living Essentials Department, Mitsubishi Corporations  



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697533
0389467006
SXEaSAg~