16 Ogos 2017 – Satu perjumpaan yang dinamakan Perjumpaan Halatuju Institut Teknologi Maju (ITMA) bersama Prof. Dato' Dr. Husaini Omar (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Putra Malaysia. Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Pengarah ITMA, Prof. Madya Dr. Mohd Nizar Hamidon bersama ketua-ketua laboratory ITMA. Pengarah Putra Science Park (PSP), Prof. Madya Dr Samsilah Roslan bersama Timbalan Pengarah PSP Dr. Zahira Mohd Isha.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En. Din Ayup selaku pengacara majlis diikuti perbentangan pencapaian ITMA oleh Timbalan Pengarah ITMA. Majlis diteruskan dengan taklimat halatuju oleh TNCPI UPM. Yang berbahagia Dato’ menekankan tentang bagaimana untuk menjadikan ITMA sebagai institut yang dikenali dan mampu menyumbang ke arah kemajuan negara. Beliau juga mencadangkan agar pihak ITMA dapat mewujudkan rancangan perniagaan bagi menaikkan lagi imej ITMA sebagai institut yang menjalankan penyelidikan teknologi nano.
Beliau juga telah mengumumkan tentang insentif geran penyelidikan UPM bagi mana-mana penyelidik yang ingin mencari peluang kerjasama penyelidikan di luar negara. Diharapkan dengan pengumuman tentang insentif penyelidikan ini dapat menaikkan semangat para penyelidik bagi mempertingkatkan usaha dalam memajukan bidang penyelidikan masing-masing.
Tarikh Input: 18/08/2017 | Kemaskini: 05/09/2017 | marzieana
Institut Teknologi Maju,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan Malaysia